

kenapa senyap ?
kenapa diam ?
kenapa tak kongsi ?
kenapa tak cerita ?
entah.
tak semua benda boleh dikongsi.
tak semua benda boleh diluah, boleh dicerita.
ada perkara perlu dihadapi dan ditelan sendiri.
diluah takut membuka aib,
dicerita takut dijaja kelak.
dengan manusia, lidah kelu, walau hati sangat ingin berbicara.
tiada kata mampu menzahir segala rasa.
denganNYA,
bibir kaku, tiada kata mampu terucap.
yakin, DIA sudah sangat tahu.
hati sebak, dada terasa berat.
yakin, DIA sudah sangat mengerti.
hanya doa terzahir,
” Ya Allah, berilah kekuatan, untuk menghadapi semua ini”
(via tersenyum-melihat-langit)
Hati ini selalu tersentuh apabila baru sekejap kita bercakap padaNya seketika kemudian, teguran halus di beri. Sungguh Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.
(via adamdanhawa)
(via cikakai)
(via cikakai)
bukan senang,
nak ‘buang’ atau ‘padam’ nama seseorang.
itu sama seperti,
mencuba sepuas hati,
memadam sepatah perkataan pada sekeping kertas yang ditulis dengan sebatang pen.
sedang kita tahu,
pemadam tak akan mampu memadam dakwat pen.
tapi kerana terdesak,
kita terus memaksa.
akhirnya?
bukan nama yang terpadam,
tapi kertas yang terkoyak.
ya,
nama itu akan kabur,
tapi kesan pada kertas itu,
akan kekal, dan tetap ada.
nak buat apa?
mintak hati baru. T_T
(via cikakai)